Solat mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam iaitu antara lain seperti berikut:
- Kalimah "solat" dalam al-Quran diulang sebanyak 117 kali. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian seorang Muslim dan Muslimah yang beriman kepada Allah s.w.t.
- Solat difardhukan secara langsung ketika Nabi s.a.w menghadap kehadrat Allah 'Azza wa Jalla, berbeza dengan ibadah-ibadah lain hanya melalui perutusan Jibril. Ini sebagai satu bukti betapa solat sebagi ibadah yang paling utama.
- Solat ibadah utama kerana dengannya seseorang hamba menumpukan sepenuh hati dan pemikiran serta jiwa raganya melakukan pengabdian kepada Allah.
- Solat sebagai zikrullah atau mengingati Allah, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Dirikanlah solat kerana mengingati Aku".
- Solat yang dilakukan dengan khusyuk maka menjadikan si pelakunya seolah-olah mi'raj menghadap ke hadrat Allah, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Solat itu mi'raj bagi seorang Mukmin."
- Pernyataan bahawa diri kita hina di sisi Allah, sehingga kita sanggup rukuk dan sujud , kedua-dua ini dilakukan kecuali hanya untuk Allah.
- Mengagungkan dan membesarkan Allah melalui pengucapan, hati dan perbuatan.
- Berikrar bahawa solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita hanya untuk Allah.
- Memuji dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga.
- Memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan.
- Memohon hidayah dan pelbagai kurniaan yang baik kepada kita di dunia dan di akhirat.
- Menerusi solat juga kita memohon perlindungan dihindarkan daripada apa-apa jua keburukan di dunia dan azab yang pedih di akhirat.
Kaabah adalah kiblat orang-orang Islam
KATEGORI SOLAT
Solat Fardhu: Iaitu wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah memenuhi syarat-syarat sebagai Mukallaf/ Mukallafah.
Solat Fardhu Berjamaah
Solat Fardhu kifayah: Iaitu solat jenazah yang wajib dilakukan oleh sebahagian penduduk islam di sesebuah kawasan (kampung/taman dan sebagainya) sekalipun hanya dua tiga orang. Tetapi sebaik-baiknya jarang kurang daripada 40 orang kerana dengan demikian memberi pertolongan kepada si mayat. Solat jenazah lebih mudah daripada solat biasa kerana tidak ada rukuk.
Menziarahi Kubur dan berdoa untuk arwah adalah sunat
Solat Sunat : Iaitu solat yang elok dilakukan untuk mendapat tambahan pahala dan pelbagai fadhilat (keutamaan). Jenis solat ini terlalu banyak dan akan dijelaskan satu-persatu pada siri-siri selepas ini.
Allah menyukai hamba yang berdoa dengan bersungguh-sungguh
Syarat-syarat Mukallaf/ Mukallafah itu ada enam perkara:
- Islam
- Baligh ( genap umur 15 tahun ; atau lebih awal daripada itu jika telah ihtilam menyebabkan keluar mani; atau khusus bagi wanita berusia 9 tahun dan telah keluar haid).
- Berakal
- Suci daripada haid dan nifas
- Sejahtera mata dan telinga; tidak wajib solat atas orang yang buta dan tuli sejak lahir atau sebelu mumaiyiz
- Sampai seruan Islam kepadanya
" SOLAT ITU TIANG AGAMA"
TAJUK : SOLAT JUMAAT
Pengertian Solat Jumaat:
* Solat dua rakaat yang dilakukan secara berjamaah pada waktu zuhur hari Jumaat di masjid atau di tempat tertentu dengan didahului dua khutbah.
Hukum Solat Jumaat:
* Hukum solat jumaat fardhu Ain ke atas setiap lelaki muslim yang cukup syarat.
Dalil:
Firman Allah Taala
يَأَيُهَاالَّذِينَ اَمَنُوآ اِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوةِ مِنْ يَومِ
الجُمُعَةِ فَاسْعَواْ اِلَى ذِكْرِ أللهِ
(Surah Al-Jumaah ayat :9)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman
apabila diseru untuk menunaikan solat jumaat maka hendaklah kamu segera
mengingati Allah( solat jumaat).
Lafaz niat:
أُصُلِّى فَرْضَ الجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْماً لِلهِ
تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu jumaat dua rakaat tunai makmum kerana Allah Taala.
Syarat Wajib
- Islam
- Lelaki
- Baligh
- Berakal
- Bermastautin
- Tidak uzur
- Merdeka
Syarat Sah
- Dilakukan secara berjamaah
- Pada waktu zuhur
- Jemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki
- Di tempat yang ditentukan seperti masjid
- Didahului dengan dua khutbah
Sunat sebelum solat jumaat
- Mandi
- Memotong kuku
- Berpakaian bersih
- Memakai bau-bauan
- Datang awal ke masjid
- Solat sunat tahiyatul masjid
- Iktikaf
- Membaca al-Quran
- Berselawat dan berzikir
- Bercakap
- Bermain
- Melakukan perkara-perkara yang mengganggu khatib dan jemaah yang lain
Hikmah
- Lambang perpaduan umat
- Mengukuh persaudaraan islam
- Membuktikan ketaatan kepada Allah
- Bertukar-tukar fikiran
- Mendengar nasihat
A)Isikan tempat kosong dengan perkataan yang diberikan.
/Khutbah/ Jumaat/ dua rakaat/ tertentu/ zuhur /
Solat Jumaat ialah solat __________ berjamaah dalam waktu __________ pada hari _____________ di masjid atau tempat __________ dengan didahului dua ___________