Khamis, 3 November 2011

AKHLAK KEPADA IBU BAPA


 
Sekadar renungan bersama..........
ANAK SOLEH

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : "Redha Allah  bergantung pada redha kedua ibu-bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua-dua ibu bapa."

Riwayat Al-Hakim

Pengajaran Hadis:
  • Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggung jawab selepas mereka meninggal dunia.
Tanggungjawab semasa masih hidup
  • Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan ialah sentiasa berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
Tanggungjawab setelah meninggal dunia
  • Manakala apabila kedua-dua ibu bapa yang telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa, menziarahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Doa untuk ibu bapa:

اَلَّلهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Maksudnya: Wahai tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil.


Rumusannya            
  • Sesungguhnya bagi setiap anak meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang dehaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk dalam kalangan dosa-dosa besar.


 10 ETIKA ANAK SOLEH YANG BERKESAN


  1. Tidak mempersekutukan Allah swt, syirik dan murtad merupaka kesalahan dan dosa yang amat besar.
  2. Berbuat baik kepada ibu bapa dan kenangilah penderitaan ibu yang mengandungkan kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kitaq disusunya sehingga berusia 2 tahun. Banyak bersyukur kepada Allah swt kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini. Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah swt akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
  3. Taat kepada ibu bapa selagi tidak dipaksa melakukan perbuatan syirik atau menyembah yang lain selain Allah swt. Ketaatan kepada ibu bapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah swt).
  4. Memahami bahawa segakla amal ibadat kita diketahui oleh Allah swt walau sekecil mana sekalipun.
  5. Mendirikan solat.
  6. Menyuruh berbuat perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. (Amar Makruf Wa nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
  7. Bersabar dan redha di atas segala dugaan.
  8. Tidak menyombong dan membanggakan diri sama ada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dan lain-lain.
  9. Bersederhana dalam segala perkara.
  10. Bersikap lemah lembut dan beradab sopan.




LATIHAN

Kelaskan adab menolong ibu bapa dan faedah beradab dengan mereka berdasarkan pernyataan yang di beri di bawah ini.
  1. bersopan
  2. mendapat pahala
  3. sentiasa bermanis muka
  4. mendapat rahmat
  5. disayangi ibu bapa
  6. ikhlas
  7. tidak merungut
  8. menjadi anak yang soleh

Adab menolong Ibu bapa                                            Faedah beradab dengan ibu bapa

1. ____________________                                         1. _________________________

2. ____________________                                         2. _________________________

3. ____________________                                         3. _________________________

4. ____________________                                         4. _________________________



SEMOGA BERJAYA!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.